#1 This is a protected blog. Right click has been disabled
#2 No spamming on the Tagboard
#3 No Vulgarities
#4 Not happy, click here.
#5 Enjoy yourself.
#6 Click to VIEW my profile
BLOG VIEWER
Under Construction
Tuesday, December 25, 2012
#
|11:39 AM|
Semak Dah blog aku
Sunday, April 15, 2012
Assalamualaikum salam sejahtera, lama dah aku x update blog, lepas kejap hilang kejap muncul kejap hilang kejap muncul lepas tu x muncul muncul pulak. HAHAHA, susa oo wa cakap .Sekarang kehidupan aku makin baik, nak cari bende yang sesuai nak dibuat. Aku tengok pun banyak semak dalam blog aku. Nak tutup sayang pulak sebab blog aku ni aku buat cantek2 . bukan sekejap nk set up. 3 hari jugak nak edit html dia. Ta pe ,aku abadi kan je tapi skali skala aku tulis jugak walaupun xda peminat kan. Tulis suka suka je kot? bukan suruh diminati pon. Nak kena tuka gambar profile lh aku rasa, x pun banner profile. Macam x sesuai pulak dengan umur aku sekarang.KIKIKI. ALmaklumlah, dah makin tuaa. Awek pon xda, bini apetah lagi. Bukan memilih atau mencari yang sempurna. Cumasebelum berkaple msti dlu periksa asl usul org tu kan? xkan main redah je. Aku bkn jenis org tgk luaran je, aku tgk luaran n dalaman. Klo luar tiptop dalam mcm cilaka xboleh jugak baii. Berdarah hati ini menyanyikan lagu rindu. HAHA. Ok lah ,nnt klo ada update lain waa kasitaw lu orang semua k? TEK KER MAI DARLIN.
#
|3:28 PM|
Hidup.
Wednesday, July 27, 2011
Hidup ni memang kadang susah kadang ianya terlalu senang bagi kita sehingga kita merasakan kita dapat survive sendiri tanpa orang lain. Tapi klo dah susah tu, memang ssh sgt sbb xde org yang akan tolong disaat kita memerlukan. Memang normal bagi dunia sekarang yang semakin kejam. Aku pun cuba berdiri di atas kaki sendiri untuk berdikari dan xnak menyusahkan orang lain tp klo aku terpaksa memang pun kena ssh kan orang lebih lebih lagi mak aku. Mom, so sorry klo dh byk menyusah. Dan satu lagi, org ckp kita mudah alpa kalau kita berada diatas dan mula menindas org bila dah rasa diri megah sikit. Memang manusia mcm tu tp x semua bukan semua yang megah mcm tu. Allah paling benci golongan yang mcm tu, sbb itu lh Allah x memberikan darjat yang terlalu tinggi kepada org yang termasok golongan itu. Kadang aku tefikir, kenapa kita d jadikan tidak sama darjat. Jawapan aku adalah, sebab Allah menguji manusia dengan pelbagai jenis dugaan supaya kita beringat siapa pencipta agung. Beringat bahawa tidak semua orang sama, tidak semua org rasa apa yang kita rasa, bahkan ada yang lebih terok dari kita. Jadi kita harus bersyukur atas nikmat kurnia yang diberi oleh ALLAH S.W.T .
#
|11:22 AM|
Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
Tuesday, July 26, 2011
Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.
Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ? Tukang gali : Tidak ada apa-apa Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ? Tukang gali : Takde Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Assalamualaikom, kini aku kembali setelah lama menghilang. Aku menghilang ,dengan sepi bkn sebab aku x endah dengan blog aku, sbb aku perlukan masa utk apa yang aku lalui. Apa yang selama ini membuat aku tabah, membuat aku yakin bahawa hanya ALLAH yang satu. Dugaan demi dugaan aku tempuhi dgn redha dan mengharapkan aku dapat menghadapinya dengan tenang dan sabar. Alhamdulillah,aku telah dapat tempuhi nya dengan redha dan pasrah. Sekarang aku, lebih matang dari dulu, lebih mengenal erti kehidupan yang baik dan sentiasa berdoa agar jalan yang ditunjukkan adalah benar dan cuba mengelak kepada keburukan. Kita manusia memang tidak lari dari kesilapan tapi at least kita mengurangkan kesilapan yang pernah dibuat dahulu. Korang memang blur kan, mmg aku pn blur. Sukati aku cakap je ni,merapu tengah malam. hahaha. btw, sorry lama x update. Ni mai, abang kasi cer sama lu olang. Wa dapat tawaran masok U utk buat dgree. Memang pergghhh jugak bulan 9 aku msok. Senior senior,jangan buli adek yerr, adek tatuttt okeyy? HAHAHA. LAgi life aku, sekarang tengah kerja, pagi petang aku kerja,klo ada masa aku layan pesbook. klo xde masa aku bia kan je. So masa aku x tentu, klo nak ajak keluar memang kena ckp awl sbb kadang clash dengan yang lain. bukan nk cakap bz sgt, tp paam paam laa. Okey ramadhan x lama agi kan,, happy fasting. Aku kan cuba update lagi nnt ( klo x bz lh ) Aku tinggal kan video sempena ramadhan yang menjelang okeyy. So, tc n happy fasting guys !
#
|1:48 AM|
tips utk mulakan solat setelah LAMA ditinggalkan
Monday, March 28, 2011
Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat. Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya. Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak. Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.ak pun glongan mcm ni jugak.
Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya. Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca.. 1. Sematkan azam, bulatkan tekad Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.
Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.
2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.
Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.
3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it! 4. Buat nota peringatan dan galakan Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).
Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.
Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus,'eleh smayang konon'
5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.
Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.
6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.
7. Tingkatkan imaginasi Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.
8. Doa mohon kekuatan dan sokongan Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.
9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.
10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.
Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?
11. Berfikir secara positif Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.
Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.
Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.
12. Dapatkan sokongan mental dan rohani Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.
Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.
13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.
Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.
14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.
Kesimpulan Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.
Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam. Wallahu a'lam.
credit : jeeown1@syok.org
#
|10:46 AM|
8 JENIS MAKANAN TERBAIK DUNIA
1.DELIMA Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99
2.KISMIS Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"
3.KURMA Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"
4.HABBATUS SAUDA' Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim
5.ZA'FARAN Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "
6.MADU Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69
7.ZAITUN Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20
8.BUAH TIIN
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”...
Disebutkan dalam hadith sahih bahawa di dalam air Zamzam terdapat kandungan ubat sepertimana yang mashur dari cerita dahulu ataupun tatkala Allah telah menyembuhkan orang yang berpenyakit, kadangkala dalam beberapa kes di mana perubatan moden gagal melakukan penyembuhan dan para doktor telahpun berputus asa dengan keadaan penyakit.
Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Air yang paling baik di muka bumi ini adalah air Zamzam. Di dalamnya terkandung lengkap makanan dan bebas daripada penyakit" [lihat At-Tabrani, Al Kabir 11167]
"Rasulullah S.A.W bersabda: "Air Zamzam diminum mengikut tujuan orang yang meminumnya" [Ibnu Majah 3062]
Saya petik daripada buku "Sejarah Kota Makkah".
Kisah Penyembuhan Penyakit Dengan Air Zamzam
Terdapat ratusan cerita tentang bagaimana orang yang sakit dapat disembuhkan daripada penyakitnya ketika doktor telah berputus asa dalam usaha untuk mengubatinya, tetapi Allah S.W.T menyembuhkan mereka dengan perantaraan air Zamzam dan khasiat yang tersembunyi di dalamnya, dan mereka kembali sembuh dan sempurna kesihatannya. Adalah cukup untuk kita mengambil satu contoh yang terjadi pada zaman moden ini :
Ini adalah sebuah cerita masyhur yang terjadi ke atas seseorang yang masih hidup di tengah kalangan kita, dia menyatakan bahawa ia berlaku kerana kekuasaan Allah S.W.T semata-mata, sepertimana keyakinannya terhadap perkataan Nabi S.A.W bahawa air Zamzam adalah diminum untuk satu tujuan dan bahawa air Zamzam dapat memberikan penyembuhan daripada penyakit dan mengandungi makanan yang sempurna. Ini adalah cerita wanita bernama Layla Al-Hilw berasal dari negara Moroko. Layla menderita penyakit barah, dia telah lalai dari mengingat Allah S.W.T, sombong terhadap kesihatan dan kecantikannya. Setelah dia mengetahui bahawa dia sakit, lantas dia pergi ke Belgium di mana dia diberitahu bahawa tidak ada pilihan kecuali harus membuang buah dadanya dan menjalani kemoterapi. Penyakit tersebut akan menjadikan rambutnya berguguran dan menyebabkan tumbuhnya janggut, bahkan gigi dan kuku akan tanggal. Dia menolak cara perawatan ini dan meminta rawatan alternatif, kemudian dia kembali ke Moroko. Tetapi setelah 6 bulan dia menderita kehilangan berat badan, keadaan tubuhnya bertukar warna dan dia merasa sakit, maka dia kembali ke Belgium. Pada kesempatan ini para doktor memberitahu suaminya bahawa penyakitnya telah tersebar keseluruh badannya, bahkan ke paru-parunya dan tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya lagi.
Mereka menyarankan kepada suaminya untuk membawanya pulang agar dia meninggal di rumah sahaja. Tetapi suaminya ingat sesuatu yang dia telah lupa, Allah S.W.T memberinya ilham untuk mengunjungi rumah suci milik Allah S.W.T. Maka dia dan isterinya pergi ke sana, dan Layla mengeluarkan air mata yang banyak sekali ketika dia melihat Kaabah. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar tidak menghancurkan harapannya dan untuk menakjubkan para doktor dengan kes sakitnya itu. Layla mula membaca Kitabullah (Al Quran) dan minum air Zamzam. Dia merasa damai dan sejahtera ketika berada di rumah Allah. Dia memohon kepada suaminya supaya membenarkannya tinggal di Tanah Haram dan tidak kembali ke hotel. Maka Layla tinggal di sana untuk beriktikaf. Separuh tubuh bahagian atas berisikan tumor dan bengkak yang mengesahkan bahawa penyakitnya telah menyeluruh. Para wanita yang bersamanya di Tanah Haram menasihatinya untuk sentiasa membasuh separuh bahagian atas tubuhnya dengan air Zamzam, tetapi dia takut untuk menyentuh tumor yang ada ditubuhnya. Akhirnya dia mengetepikan perasaan takutnya itu dan mulai membasuh dengan air Zamzam pada tubuh dan kedua buah dadanya yang berisi darah dan nanah. Kemudian sesuatu tidak diduga terjadi, semua tumor dan nanah itu hilang dan tidak rasa sakit lagi. Allah S.WT telah menyembuhkan Layla dengan perantaraan khasiat tersembunyi yang terkandung di dalam air Zamzam. Rasulullah S.A.W sungguh dengan benar ketika baginda bersabda :
"Di dalamnya terkandung makanan yang lengkap dan bebas daripada penyakit."
credit : nett8@syok.org
#
|10:18 AM|
8G lelaki yg dibenci wanita
Sebagai panduan bersama2
1. Garang garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabra (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal (miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.
Credit : za za@syok.org
#
|10:16 AM|
L A T E S T
Monday, March 21, 2011
Ni Gambar paling baru aku, walaupun lame jugak laa, tapi still remain new :D
Gambar Cameron Highland pulak
#
|4:27 PM|
20.03.2010
Assalamualaikom n salam sejahtera aku ucapkan kepada yang belum bangun sila bangun, yang tengah bekerja kuat kuat kan badan untuk bekerja, pakcik pakcik yang men dam tak kira masa dan warga warga malaysia yang aku kasihi. pewiiitttt. hahaha. Ekot suke aku je kan nak post blog bler ? Suke aku la kan? blog aku, sape yg nak tgk? yg nk tgk blog ni aku sorg je. Suke aku nak post bile kann? HAR HAR HAR, setiap kali aku post mesti ade benda penting aku nak sampaikan, klo tak pun mungkin sebab aku boring kan. Post kali ni bukan sebab boring, sebab ade benda nak sampaikan. Aku taw ada segenlitir yang stalk FB n Blog aku ( ceh,rase pemes la pulak) nak tau mcm mana life aku, ni la nak cte. Aku ta kesah korg nak stalk tp jga la tingkah laku korang jgn smpai menfitnah bukan bukan k? aku ta berdendam ngn org, jgn pulak org buat gitu ngn aku. Alhamdulilah sekarang aku ketemui ketenangan terhadap diri aku. Aku rasa, diri aku lebih bersemangat dari sebelum ni. Hidup aku lebih colourful bak kate mat salleh. Kadang aku terfikir, asal aahh orang panggil org putih ni MAT SALLEH ? Anak MAT SALLEH ke dorg? hahahaha. 1st of all, aku nak gtao yang aku decide nak sambung blaja memandangkan ramai yang PUSH aku untuk belajar lagi memandangkan aku masih muda dan ligat lagi. Now, aku tengah ambik MUET dan apply UPU . Intake Degree kan dah tukar, bulan 9 baru masok? insyallah smpat lagi tp aku rasa tua pulak kan? Aku berjanji belajar bersungguh sungguh macam kat diploma dulu tp tahap u ni lagi ssh @.@ tp aku cube la. 2nd Aku aritu pegi naik Cameron . memang syok la dok sane tp klo dok lelame mcm boring pulak kan? sebab ta de pa pe kt sane lagi pun jalan dea pusing2. Mak aku sampai muntah dibuat nyee. Ingat nak join skali time tu tapi ta jd la ,ko ingat sedap ke muntah? muahaha. Tp overall syok la kt Cameron, GEMPAK seyhhh! Penampilan baru agak weird sikit ,nanti aku post kt sini ek ? Okey , lastly, TAHNIAH ! anda menang kereta ~ hahaha. yang ni aku tak sabar nak cakap. AKU DAH ADA GF @ AWEKSAYANG aku. Lama aku tunggu okee? dea baru muncul skarang. bertapa sengsara nya aku tunggu ketibaannya. wahahaha. Aku berjanji pada diri aku ,aku akan jaga dea baik2 start dr skrg. Aku sayang kat dea okey? jgn buat mcm2 . Lepas kenal ati budi dea arituu, aku trus ajak dea couple . aku rasa aku boleh get along dengan dea. Ramai kawan aku excited sgt nak tgk dea. okey okey, aku post 1 gamba dea kt sini ok? korang tengok la puas2, aku sukeW sangat sangat gambaW ni. Lagipun nnt aku nk smbg, dekat dengan dea. Aku harap la dapat . amin. Sekarang memang dekat ,boleh jumpe salu tp klo same blaja kan dekat lagi? HIHIHI.
Aku tinggalkan korang dengan Lagu ni .
#
|9:47 AM|
DUIT.
Monday, February 28, 2011
Hari ni aku pun ta taw kenape aku tertanye2 pasal duit. mungkin sebab zaman skrg memerlukan duit untuk hidup. Bak kate org cakap, ta de duit ko pegi mati je la. Ta de duit ko bole buat ape, buat air liur je? lepas itu aku pk2 balek betul jugak. Tade duit ko nk ckp pakai air liur pon kne duit. Penasihat kewangan, pakai air liur je, gaji beribu. Ade lagii, lawyer, air liur je pakai pon beribu. Ade yang berjuta. Aah ade satu lagi, kaseh sayang. Orang cakap ta bole d beli dengan duit? bagi aku tanggapan ni slh -.- walaupun aku dulu pun pk mcm tu, tapi skrg duit pon bli istri. Klo dah bli istri dia msti layan laki tu bgs2 kan? klo tak ,kang suami cri lain ckp suami pulak curang. Tapi kalo dah istri tu bgs, tlg la jangan cri lain. pk senang ke nak ade byk2 istri? klo semayang tak ckp, puasa tak pnh baik dok diam je. Mengurangkan bunga didunia je. Jangan tamak sangat oke? ALLAH marah orang yang tamak. Oke lagi bab DUIT ni, semua org bercita2 nak gaji masyuk, nak idup sng tp ade yang cari cara yg sgt senang nk dapat duit yang banyak. Ada yang cara halal ada pulak cara haram. Yang cara halal ni alhamdulillah lah,klo yg haram ni, sendiri pk la ek. Okey perkembangan aku, aku otw ambik muet tapi aku tataw permohonan online yang aku buat tu menjadi ke tak. Aku harap jadi lh, Dah la kene bayar RM 6+ utk muet saje. Aku nak siap balek dr keje. Nanti aku senang aku sambung balek. ASSALAMULAIKOM
#
|4:28 PM|
Kesedihan melanda beberapa hari
Thursday, February 24, 2011
Hari demi hari berlalu, aku terkejut mendengarkan kawan lama aku yang aku lost kontek baru meninggal 2 hari lepas sebab jantung die gagal berfungsi sewaktu ingin membuat pembedahan dekat UK. Dia, muda setahun dari aku, ALLAH memang sayang kat dea kot. Dea ni sangatsangat baik dengan orang ,ta penah nak cakap sombong ke ape. Aku sangat sedih dengan pemergian dia sebab aku tak sempat nak kontek dea balik. Aku memang tau dea ada sakit tapi aku tak sangka dea menemu ajal dengan cpt. Aku ta sempat nak tye kaba dea. Aku sedih dengan status last skali yang d post dekat wallpost dea, nnt aku screenshotkan, orang yang screenshotkan dalam fan page dea. Walaupun sepanjang dea sakit, dea banyak berkembang. dea sorang yang suke kan seni. Seni dea berkembang hingga ke luar negara. Aku bangga dengan kejayaan dea. Aku berdoa agar roh dea d cucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang soleh.,amin.
Sedikit info tentang dia :
Alina Adee was born with real talent. She did a lots of amazing sketch that u can't believe that is real, super real.
Alina Adee or well known as Nana among her friends & families, was born with original name Chan Sin Yee and changed to Alina Nadya Adee Binti Azizan after she convert to Islam since she was 9. A Chinese/Melanau on her father's side & Filipino on her mother's side.
Art is her big passion. Learning how to sketch by her own, starting with selling it at Pasar Malam (Night Market) then slowly make a big change, selling it by online and make us proud when she's the one who present Malaysia to an international art exhibition around the world : Australia, China,Singapore,Egypt,Philipines,England,Brunei, Shang Hai,Thailand,North America,Amsterdam & Santiago.
Since she never make any exhibition at her hometown (Miri Sarawak) finally she decided to have 1, in the end of 2011. But she's gone and left us with a lots of memories.
Nana leave us forever on 22nd February 2011 because of Heart Failure and Hepatocellular Carcinoma disease (Liver Cancer).
She will always there in our heart. A girl with real talent
# taken from her fan page. nana, u always be in our (friends) heart. and Adee, hope u will be ok .i know u have a hard time but slowly take it easy k