#1 This is a protected blog. Right click has been disabled
#2 No spamming on the Tagboard
#3 No Vulgarities
#4 Not happy, click here.
#5 Enjoy yourself.
#6 Click to VIEW my profile
BLOG VIEWER
Ikan Duyung? Wujud KeR? Kisah Dongeng?
Saturday, August 22, 2009
banyak yang tak taw ikan duyung ni btul-btul wujud atau sekadar dongeng. Aku pun tah mcm tak caye jer. Tapi dulu ade org penah nampak, dieorang ni dok kt dasar lautan yang dalam. Manusia susah nak nmpak kecuali dengan ketentuan tuhan je la. Sebab bende jarang sangat berlaku. Tapi sebenanya mereka ni wujud cuma tak salu jumpe. Ape dieorang makan klo dieorang kt lautan? klo ikan kan ade yg mkn ikan kecik? aku dengar dieorang ni makan LUMUT. Bersisik dan ekor nye pendek. Aku ade tengok artikel-artikel yang mengatakan ikan duyung ni bukan nye cantek sebagai digambarkan selama ni, mereka ni tak cun sangat tp bole laa, ade gak upe pmpuann kan? Misteri ni masih belum terungkap sampai sekarang sebab tak banyak bukti dan penemuan.
aku jumpe artikel ni kt blog lain :
Menurut lagenda, ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.
Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes.
Oannes digambarkan sebagai duyung jantan. Putri duyung juga dikenal sebagai karakter dalam dongeng The Little Mermaid (1836) karya Hans Christian Andersen yang telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
( dipetik dari : Tika bloG ni lak cerita mengenai ikan duyungyg aku gelar "MISTERI" hahaha :
KETIKA belayar berhampiran Haiti pada 1493, Christopher Columbus dan anak kapalnya melihat tiga makhluk aneh timbul daripada permukaan laut yang luas. Tanda tanya dan kehairanan tercetus pada minda mereka tatkala melihat wajah dan bentuk fizikal makhluk terbabit yang jelas berlainan sekali dengan makhluk yang pernah wujud di dunia ini.
Ketika mereka mencari jawapan, tiga makhluk terbabit kembali menyelam ke dalam lautan luas serta meninggalkan kumpulan pelayar di atas kapal itu terpaku kebingungan. Pengalaman pelik itu terus menghantui Columbus sepanjang kehidupannya malah dalam satu jurnalnya, pelayar Sepanyol itu mencatatkan fizikal makhluk itu:
"Entah mengapa, wajah makhluk itu menyerupai manusia..." Catatan Columbus itu seterusnya menimbulkan persoalan kepada penyelidik dan pengkaji sejarah pelayaran lelaki itu sehingga kepada orang kebanyakan. "Masakan terdapat manusia yang hidup dan tinggal di dalam lautan," fikir mereka tatkala membaca catatan Columbus berhubung fenomena misteri itu. Catatan enigma pelayar yang terkenal kerana menjumpai benua Amerika itu kemudian membawa pemikiran penyelidik dan orang kebanyakan kepada satu mitos yang sudah lama diperbincangkan - mungkinkah makhluk yang dilihat Columbus dan anak kapalnya itu adalah ikan duyung?
Terlalu banyak misteri dan mitos yang menceritakan mengenai ikan duyung tetapi tatkala meneliti catatan Columbus itu, ia menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng. Mitos sebelum itu menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan.
Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai 'Ea' atau 'Oannes'. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.
Selain Columbus, seorang lagi pelayar, Henry Hudson mendakwa turut terserempak dengan ikan duyung pada 1608 ketika dia dan dua rakannya sedang belayar di lautan di utara Russia. Lelaki itu menggambarkan ikan duyung yang ditemui mereka memiliki bahagian atas jasad seperti manusia, berambut panjang tetapi bahagian jasad bawahnya adalah ekor ikan.
Daripada dakwaan terserempak dengan makhluk aneh itu, misteri membabitkan ikan duyung semakin membingungkan apabila ada pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambarnya malah menangkap jasad makhluk itu. Semakan menerusi internet mendapati ada pihak daripada merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan.
Selain gambar, terdapat juga 'jasad' kononnya ikan duyung yang dipertontonkan dalam pameran tertentu tidak saja di Malaysia tapi di pelbagai negara lain. Pelbagai teori dan andaian dikemukakan berhubung misteri kewujudan ikan duyung. Antaranya ia dikatakan sebagai spesies hidupan yang mistik dan hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.
Teori ala fiksyen pula menyatakan bahawa ikan duyung sebenarnya adalah penduduk Atlantis yang menemui teknologi untuk hidup di dalam lautan selepas kota mereka tenggelam puluhan ribu tahun lalu. Bagaimanapun, jika diteliti kepada penerokaan lautan dalam dan pencarian spesies hidupan baru ketika ini, satu hakikat yang pasti adalah saintis masih belum mampu menerokai ke dasar paling dalam di lautan.
Sehingga kini, kemajuan sains dan teknologi hanya mampu membawa saintis meneroka ke dalam laut dengan kedalaman sekitar 4,000 meter dan setiap kali mencecah kedalaman baru, banyak spesies baru yang aneh dan misteri turut ditemui. Saintis percaya dunia lautan yang meliputi kira-kira 70 peratus muka bumi memiliki sekitar dua bilion hidupan berlainan spesies tetapi sehingga kini, spesies yang berjaya dikenal pasti dan direkodkan dipercayai masih belum mencecah satu peratus.
Berikutan itu, mungkinkah ikan duyung juga sebenarnya wujud tetapi berada di dasar laut yang paling dalam dan masih belum diterokai manusia? Kalangan skeptikal menolak kewujudan ikan duyung sebagai satu spesies misteri yang belum ditemui sebaliknya mereka berhujah bahawa gambaran rupa dan jasad ikan duyung seperti diceritakan pihak tertentu sebenarnya disalah tafsirkan. Mereka percaya bahawa pihak yang mendakwa menemui ikan duyung termasuk Columbus sebenarnya terlihat sejenis spesies hidupan laut yang digelar 'dugong'.
Ini berikutan dugung memiliki rupa yang agak menyerupai manusia malah turut menyusukan anaknya. Malah, seorang penyelidik, Frank Buckland, pernah menjalankan kajian terhadap satu jasad makhluk kononnya ikan duyung yang dipamerkan sekitar abad ke-19. Bagaimanapun, beliau mendapati bahagian atas jasad berkenaan iaitu tengkorak, rangka dan lengan sebenarnya milik seekor monyet dan bahagian itu dicantumkan dengan bahagian tulang ekor ikan yang besar.
Sehingga kini, misteri kewujudan ikan duyung masih diperdebatkan. Pihak skeptikal terus menafikannya manakala setengah pihak lagi percaya ia adalah spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui. Mungkin pada suatu hari nanti, kemajuan sains dan teknologi membolehkan manusia meneroka keseluruhan lautan, maka tidak mustahil yang jawapan kepada misteri ini akan diperoleh.
Aku tah la nk caye ke tak, ni smua kuasa TUHAN kan? nk kate pecaye tu, tak la 100% nk kate tak caye pun ntah laa, smua cipta ALLAH S.W.T yang kite tak taw lagi, dasar laut tuu, bukan dalam tasik, klo dasar laut paham-paham laa, byk makhluk pelik dalam tuuu, nnt laa aku try tnye kwn aku yg bwat research bnde gni. Mane taw dea ade jwapan tentang smua tuu ?
Cerita aku plak, yang semalam tu kan, yg aku kne serang kol 2 pg tuu? dh diselesaikan tp hal tu pvt n confidential. Cume aku bley bagitaw laa, takde kaitan dengan org sekeliling aku, ALLAH memberi petunjuk kepadaku tentang kejadian org lain. Ya ALlah , sesungguhnya apa yang kau ingin sampaikan kepadaku telah aku terima dengan sebaik-baik. :)
Malam tadi, aku g jumpe "bestfriend aku" kami cerita sampai berbuih mulut, mcm biase kt BOYAN salu kami lepak. Tak peduli org sekeliling, kami je yg ckp byk-byk. Macam-macam cerita , maklumlah dh lame tak berjumpa. Memang bess semalam, "MASJA" pun byk org smlm, biase laa mlm last nk "RACE". so, last laa mlm ni, bulan ramadhan dieorg stop, menghormati bulan ramadhan kan? Puase tak korang ari ni? hahahaa
Ucapan :
Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan sepanjang bulan ramadhan ni, aminnn
#
|11:33 AM|
Serangan Berbalas
Friday, August 21, 2009
Malam tadi baru je aku cite kan pasal rintangan, dh menimpa satu lagi dugaan daripada ALLAH S.W.T. Malam tadi jugak ,Aku diserang makhluk halus secara tiba-tiba. Pada awalnye, aku tak rasa apa-apa sebelum nk tido. Macam biase, aku baca ayat kursi 3 kali sebelum aku tido. Lepas terlelap sikit demi sikit, aku pun tertido terus. Yang pelik nye, aku mimipi dulu sebelum kene, aku mimpi ade telo ayam pecah den 2 ekor makhluk halus serang aku. Yang aku nampak cume seekor daripadanya, yang berupa "POCONG". Ni kisah bena, bukan tipu, aku baru mengalaminya malam tadi. Memang menakut kan, seram , smua ada malam tuu. Aku cite lagi ek, lepas aku mimpi , aku macam "auto" terjaga dari tdo, guess what? badan aku tak ley gerak langsung. Aku tdo mmg selimut badan, padan lah aku sesak napas dalam tuu. Aku ditekan , badan kaku. Nak buat mcm mana? n aku merasakan bdn aku mcm kene karen. bler gerak skit mcm karen, mmg sakit kene tekan, lemah badan aku. Aku ingat nk give up mlm tadi, aku mcm tak mampu lagi nk melawan, mane tak nye, 2 kali aku try nk lawan, tapi "bnde" tu kwat lagi dari aku. Kali kedua aku cuba lawan dengan sepenuh tenaga aku, aku pn trus tersedar balik dari tdo. Otak aku bergegar doe, mmg nmpak sgt aku pucat lesu lepas aku "lawan" ngn makhluk tuu. Aku bukan takat lawan gerak2 gtu je, aku sebut "subhanallah". Itu je word yang aku ingat mase tuu, punye mengelabah mase tuu, Lepas dh dpt sedarkan dri, aku trus bace ayat kursi sebanyak yg mungkin, den aku gitaw mak aku. Aku ingat lepas kene je ak nk tulis dlm blog ni, tp lps tu mak aku trus suruh tdo balik. Macam mane aku nk tdo? bdn aku lesu +x bermaya + ingat kejadian tu. Aku pun cube tenangkan diri aku, den balik tdo. Jembalang sape yg megacaw aku? ape slh ak wuii? sampai ko anta jembalang? tkt kaaa depan2 ? klo brani sini la, mcm "sial" je kw. Ko jangan ingat aku tkt! Jembalang ko aku bole lwn, ni kan ko? Aku akan cari tau sape bwat bnde ni, if mmg sengaje jembalang tu kacaw aku, aku nk kacaw dea balik~ HAHHAHAA, Pokok mane bergoyang klo tak de ribut, takde angin? takkan laa jembalang tu nk kacaw klo takde org yg anta? klo la umah aku berantu, nape slame ni aku blum rase kehadiran mereka? N kenape aku jd "aim" dieorg? nape tak org lain?Klo jembalang mlm tadi bkn siape2 nye, aku maapkan . Aku anggap dea "sesat" kacaw aku XD . Bnde ni tak ley d bia gtu, nnt d pijak2 nye kepale kite. Aku bukan jaat n bukan pnh melakukan kejahatan sampai nk sakitkan hati org. Aku pun manusia, ade kesalahan , ade tahap kesabaran, ade kemarahan, ade perasaaan bai! bukan ko sorg je ade smue tuu, aku ak nk ckp byk, aku blum taw "bnde" tu dihantar atau sengaje kacaw. ALLAH Maha adil lagi bijaksana. Aku cume takut dgn ALLAH S.W.T bkn "bnde2" tu. Ingat, dan renungkan ! DIA yang memberi kehidupan kpd kite, DIA yang memberikan kekuatan kepada kite. RENUNGKANLAH!
SATU LAGI :
BAPAK AKU BARU G UMRAH UTK BULAN RAMADHAN NI. DAH PG DH PONN. SEMOGA DEA MENJALANKAN UMRAH DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAKWAAN. AMIN
#
|9:38 AM|
Keimanan, Kesabaran
Thursday, August 20, 2009
Dalam nk tempuhi bulan ramadhan yg akan datang byk dugaan diberikan sebelum datangnya kebahagiaan ataupun kebaikan. Kenapa? bia manusia berasa perih nya rintangan dan menjadi lebih dewasa dari yang sebelum nyaa. Jika hari semalam kw menanggis sbb kne tggal kekasih hati tp hari ni kaw tak menanggis lagi sbb kw tahu jodoh smua d tentu kan ALLAH S.W.T . Dia tahu apa yang terbaik buat kw dan kw berserah segalanya kedapaNYA. TanpaNYA siapalah kta d bumi ini, kita hanya hambaNYA yang menurut perintahNYA. Macam orang lain, aku pun byk rintangan melanda, cuma aku tak nk ckp n tak nk susahkan org, bialah aku simpan menjadi kenangan pait n manis. Aku pun pnah menghadapi waktu kritikal n waktu sangat bahagia. Disaat itu aku memikirkan , adakah ini smua rintangan atau kebahagiaan yg diberi kw ALLAH S.W.T? Dengan itu, aku terimanya dengan redha, amin. :) Banyak hal atau perkara aneh sering melanda aku, sejak 2006 sampai sekarang. Tapi aku pecaya semua itu dugaan untuk menguji ketabahan diriku. Aku menjadi pendiam aku rasa la, sbb ex aku dulu kot? tp aku try jd diri aku yg sebenar n mencari maklamat hidup aku. Aku cuba menghindari CINTA sebaik mungkin dan fokus terhadap maklamat aku. Sekarang bagi aku ianya tidak bergitu penting. Bagi aku, klo tak de pelajaran , nk bagi makan ape kt bini? mak aku salu ckp pelajaran penting, nnt nk kjer senang, boleh hidup senang sikit. Klo nk ikot kan degree pun tak ckp skrg ni, tp aku rasa aku berenti sampai degree,insyallah. Tengok dulu mcm mana, klo rezeki sampai situ, aku berenti takat tu. Ni lah lumrah idup kan, ape yg kte nk tak semestinya kita dpt mcm tu je. Mak aku ckp nnt kami nk pindahkt kl,tp tah tak tau bler, mungkin 5 taun dari sekarang? dok sane lh aku nnt, cari kejer cari awek, kawen! abih citer XD sape laa yg malang kawen ngn aku ek? tak pe jnji dea tahan suda laa bai. Untuk hari ni , aku tak tau nk update ape, sbb same je hari ni n semalam. Beze nye aku tak ambik gmba je ari ni. HAHAHHa Ah, aku g mc D td, bli kt aport, mentang2 umah dkt ngn aport . Burger favourite aku, " SPICY CHICKEN MC DELUXE", gler sdap ler, meleleh aku mkn, ~ setiap mggu ade je ak g mc D sbb nk mkn burger dea,, nape sedap sgt aaah? nape mamat tp jalan tak pandai wat gtu? padahal senang jer, inti ayam, sayo, mayonis n burger? aku rasa lebih murah kos dea dari burger kt tp jln tapi harge dea bole tahan gak. klo takde RM 10 1 set jgn ckp ler. Klo ade org tempatan wat burger gtu, aku lebih pilih buatan tempatan :) Besok kiter tgk ank bulan kn, luse dh puase bulan dpn dh nk raye~ weee, senanye aku takde rase nk raye,nape? sbb aku rase mcm dh tak sonok skrg~ borink la plak? HAHAHAHa, aku tggu konvo aku je ni, 15/10 kne pakai baju melayu serba itam. Blum cari lagi kainnye, Aku konvo kt mukah jer, tak bess nye poli? buat kt situ jeR? aduhhh, sedey aku tgk~ tp tak pe aaa, jumpe kwn lame, byk kwn aku kt sane :) Sampai kat sini je aku update ekkk?
UCAPAN DARIPADAKU :
"SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMDHAN AL MUBARAK"
#
|10:29 PM|
Gadget :)
Wednesday, August 19, 2009
Hari ni, aku g keje mcm biase, bgn pagi start kte jalan~ klo korang tanye ari isnin sampai jumaat memang aku ckp bnde yang same je, tak de beze. Klo tak kje lagi tak de beza kn?HAHHA, borink dok umah je, ape nk bwat kt umah? tgk tb? melepak? unline 24/7 ? haih, klo aku pun borink mcm tu je kje, bguih aku kje, dpt income skit . Dapat gak menampung keperluan aku nnt kn. Mana taw aku tringin nk bli mcm2 , kan dh ade $$$ ? Taun ni aku impi kan 2 bnde jeR, tak byk, bkn maju, bkn seluar, bkn tali leher, bkn kasut :) . Minda aku ni , tah la, business minded, aku salu pk nk jd org bjaya dlm bisness n position paling aku nk adelah marketing manager. Kenapa lak aku nk position gtu? sbb, tahh aku ni ske lak nk bcakap ngn org kn, so aku nnt bole laa promote barang syarikat aku XD Klo aku ckp dlm tpn, mmg tak Renti2, x caye? cube tye wani tgk~ mcm jet jer aku ckp XD HAHAHa. Tapi klo bab2 tulis karanggan ni lemah skit, tak kwat tgn nk tulis byk sgt. Masa exam dulu, aku tulis karangan sampai 8 page, ingat2 mase aku blaja laa. Aku rase bebuih kot lecturer aku bace? tak kisah la, akher sem smua org nk bwat yg terbaik. kan? Melalut plak aku ni, td nk cter sal gadget kn? gadget yg aku tak dpt lg taun ni yelah ~
1. PDA 2. modified kter ( tahap smart je )( gadget ker? )
gadget 1st tu kan, aku mmg dh idam-idamkan dr taun lps ngn akak aku, tp malangnya akak aku dh tak minat lak pda, dea bli tpn sony, dh beli ler~ tp aku ttp nk dapatkan pda, sebab? sebab pda aku tgk mcm bess jer, dh beso kedabak kn, baling ajing kmpm mati, btol x? lagi pun PDA ni ade yg xde keypad, touch screen kte kn ~ dunia makin lame makin maju, arini ade 3G bsok 4G plak kn. So , pda yg aku nk usha yelah... jeng jeng jeng , aku tak taw lagi XD. Tp under 2.5k ouhh, takde bajet nk bli yg mahal2 , ckp ler sekadar yg murah janji aku dpt. Iphone? dulu aku minat, skrg tak~ nk taw sbb ape? sbb, iphone ni mcm bkn pdA plak aku tgk, sbb dea takde mcm windows tuu. Aku ingat nk ambik brand HTC , tp tggu ler bajet ade bru ckp kn. So , mase ni diam2 jer la :(
gadget yg ke 2 lak, bkn gadget tuu, just modification jeR. bukan laa nk modified "hardcore". Cume nk bagi smart sikit je, aku nk tinted, tuka rim n tayar n audio. Tu je, yg bahagian ngen aku tak kacaw, bia je jln smooth~ tak nk letak skirt tkt nnt bler aku bawak laju skirt hancussss, aku ni bwak bkn bole pelan2, mata aku ngntok klo ak bawak pelan2. Aku akan berusaha kmpul duit nk bli smue ni taun ni, insyallah dengan kjer gigih aku, aku usha kan semue , aminnn
Dari pagi sampai tghari tadi ujan jer kt kch ni, alhamdulillah ade gak ujan kt kch setelah lame tak ujan kn. LEbat plak tu, kadang2-kadang ujan lebat gini bes gak, lame tak ujan kan, suhu jd sjok mcm air con plak satu bandar kch ni. Cuaca skrg ni pun mendung-mendung jer, klo hari-hari mcm ni kan bess, tak lh panas sgt, sedang2 org kate kn :)
Sekali lagi aku meng-upload Gambar aku untuk hari ni, semue gambar ni aku bagi name " Pagi yang gelap "
Gambar ni diambil bila aku di opis dan hendak balik! Ari masih ujan mase aku nk balik tadi ~ wawawa
#
|3:41 PM|
Coca Cola
Tuesday, August 18, 2009
Tadi ni ha, tengah-tengah aku sdap tengok-tengok post orang kt syok.org , aku tertarik plak dengan satu post mamat ni~ tentang coca cola dan kegunaannya. Korang pk untuk minum jer kan? taw tak byk kegunaan coca cola? aku pun tak pnah cuba, cube la korang wat eksperimen XD aku copy paste je info yang dea bagi k? ENJOY!
Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporandari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.
Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.
Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya,adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya".
Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.
Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.
Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot? Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak?
#
|5:45 PM|
Kerja V2
Hari ni 18 ogos kan? 3 hari lagi kiter nak pose, Cuace kt sini panas , mcm tak bersemangat lak, klo kan ujan kan bessst. Tak lh dahaga sgt kan? sabar je lah, name pun halangan di bulan ramadhan :) Hari ni kerje mcm biase, tp ari ni aku outstation, mcm yg aku ckp semalam lh~ pergi office sekejap jer tu pun ambik sebut harga yang dibuat oleh krani. Aku diarahkan pergi POLITENIK KUCHING untuk hantar sebut harga yang dh dibuat. dh jalan jem truk gler, taw ape sbb? Ade 2 accident lak, yang aku tau satu kt Area batu 7, kate nyee moto msok bwah lori, mati org bwak moto tuu~ Sian aku nengok, mesty keluarga org tu tekejut gler kan? Sian, tak smpat sambut bulan puasa, nnt aku tunjuk kt ne berlakunya kejadian tu sampai sepanjang jalan tu jem.
kt tempat bertanda merah tu kejadian tu blaku, dekat dengan stesen petronas . mmg jem teruk ler sepanjang jalan tu, nsib aku gune alternatif lain . Klo tak aku dh lambt sampai ke POLI. Kang kene mara ngn boss lak klo lambat-lambat. Aku sampai sana lebih kurang pukul 9 lebih laR. nsib jalan kt sana ok, tak jem sgt so ble la cpt sampai. Bler sampai sane jer aku trus g blok pentadbiran berjumpa dengan org yang nk diberi sebut harga tuu. Kol 10 lbih aku blik, g office sejap den trus balik rumah. Petang tadi lak aku g PULAPOR, Tengok barang yang rosak kt sana. Sampai jer kt sane, trus jumpa org yg berkenan den dea tunjok ler tpt kt mana brg rosak tu simpan. Rupa nya ,Whoaaaaa, byk gler brg yg rosak, klo 2 hari pun tak leh siap tu, aku mms gambar brg rosak tu kt boss aku den aku ckp ni kurang2 4 hari beu bole siap, den dea suru bwak balik sample meje rosak tu , tgk nk bwat mcm mana nnt. Bsok baru bwak balik meje tu, Nak bawak balik hari ni pun takut tak sempat lak. Aku geram ngn sorg pekerje tuu, suke sgt membantah, aku ckp skit tak nk ekot, aku lempang skali bru taw, suke sgt naik darah org~ Buat je la apa yg aku suruh, ni tak, membantah jer kwat~ aku ckp yg boss baru taw, Buat panas jer! Bongok btul XD . Aku update lagi gambar2 aku untuk hari niy. Exclusive dari ak, kt FB blum ada lagi ni !
Gambar ni baru je d ambil pagi tadi masa aku balik dari berjumpa org. Jumpa org kne ler smart-smart, tak gitu kawan?
#
|4:00 PM|
Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi
Monday, August 17, 2009
Aku nak share ape yg aku bace , aku petik dr syok.org nak share skit lh kt sini, RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out..
DARAH O Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
P/S: Betul atau tidak anda nilai sendiri
#
|6:19 PM|
Meneruskan hidup Dengan kesabaran
Hari ni hari isnin, korang mesti tak tau aku ni buat ape kn? skrang aku kjeR, aku baru je abih blaja, ni bwat sementara je, kang aku nk sambung stdy gak~ ilmu aku blum ckp lagi untuk menampung kehidupan aku di masa akan datang. Sekarang org kejer pn kene tgk kepandaian kau, mane ne yg nk ambik kjer gtu jer, kurang-kurang diploma mesti dalam tangan. Kjer pulak, memang diperlukan untuk memenuhi keperluan harian. Mane nk dpt duit klo tak kje? mcm mane nk bayar same bayar sini kn, bawak awek keluar pn mesti ade duit kn? takkan ler kosong gtu ajer. Okla, aku citer serba skit tentang kerje aku, aku bekerja dekat sebuah kampeni ni, kampeni ni tak lh sebesar mana tp ckp lh untuk memenuhi kehendak setempat. Kampeni ni supply barang office untuk kerajaan sarawak. Dari kuching sampai ke Limbang, mmg yg pegang supply kerajaan ni die. Tapi tak de lh dea sorg sbb mmg ade gak kampeni lain yg lebih senior dari kampeni ni. Makin lame makin berkembang kampeni ni, dea tak de ank syarikat atau cawangan cume brusaha n mencari cari untuk mengembangkan ade lh. Disini aku bekerja sebagai supervisor, kje aku lak, mengawal proses penghantaran barang n jaga kebajikan pekerja. Klo ade masalah, jmpe aku jer. Kadang-kadang klo urgent sangat aku disuruh pg meeting , tak pun jumpe org kerajaan. Tengok lh ape kje boss aku bagi kn, aku ikut jer, mane2 lh~ tak membangkang . Buat masa sekarang aku d office je, bsok plak aku outstation pagi-pagi, g jumpe org. Hari ni tak wat pape, duduk online fb n tgk2 blog jer.
Aku nk discuss sikit pasal H1N1 yang sekarang ni makin kritikal aku ambik skit sedutan dari utusan.com.my k?
H1N1 kini tahap tenat
Oleh LIAU PEI WEN liau.peiwen@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.
Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.
Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.
Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.
“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.
“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.
Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.
“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.
SEBELUM AKU PERGI LEBIH LANJUT, SILA TONTONI VIDEO H1N1 INI
Jalan terbaik untuk mengelak dari penularan virus ni korang jangan selalu keluar rumah, jangan kerap pergi ke tempat-tempat banyak org Contohnye Club keR, konsert ker, janji jgn tpt yang byk org lh. Rajin-rajin cek ke dokter klo dmam atau ade ciri-ciri H1N1 k? bukan pe , klo lewat bru tau sakit ni, mmg tak leh tlg dh, bape org dh mati sbb sakit ni?takkan kter nk mati sia2 sebab skit mcm ni? byk cita-cita dan harapan musnah klo gtu. Aku bersimpati org yg kne H1N1 ni, dieorg kne kuarentin, tak slh aku smggu kn?harap sakit ni dpt dihapuskan dengan cpt dan mudah.
Dunia makin lame makin tenat je aku tgk, Orang cakap hari kiamat nk dtg dh? aku pn rasa mcm tu, cube pk, cuaca dh tak menentu, peperangan sana sini, byk yang memerangi agama islam, kutuk sana sini, Orang bertopengkan firaun muncul balik, maksiat sana sini ~ ntah laa, byk sangat yang dh menunjukkan kedatangan hari kiamat. Bersedia n pasrah je ape yg blaku, semua ni sbb kecuaian manusia gak.
AkheR sekali :
Majulah Sukan Untuk Negara
#
|5:01 PM|
Ramadhan Al Mubarak
Sunday, August 16, 2009
Aku sbenanya excited nk sambut kedatangan ramadhan al mubarak, ye la kn, setaun sekali kte menyambut nye. Aku debgar ari jumaat ni kte mule puase, btul keR? klo jumaat start, memang bgs sgt lah, sbb jumaat kn PENGHULU SEGALA HARI. Memang molek sungguh ler puase aritu. Ingat-ingat taun lepas, pnye smgt aku, sampai puase tak pnh tggal, walaupun ade la nk pecah-pecah puasa tapi akhernya aku dapat gak tamatkan puase. Raya ni, aku blik umah kazen aku g -.- dkt perak~ walaupun aku rasa bosan teramat sangat kt sana tp aku ttp cool beb~ mcm kwn2 aku salu ckp, "chill, chill menn". Bagi pendapat aku, puasa mengajar kita banyak perkara, bukan satu tapi byk.
1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang. 2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam darah manusia. 3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat anda sihat, segar dan bertenaga. 4. Puasa akan memeanjangkan umur anda. 5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa. 6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada dalam tubuh badan manusia. 7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah. 8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan menyebabkan darah kembali alkali. 9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi. 10.Puasa boleh menurunkan berat badan. 11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan. 12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.
Senang citer, puasa ni mmg baik bukan sahaja untuk kesihatan dan juga kerohanian,.. Pendapat aku la, klo org tak puasa secara sengaja bla bulan ramadhan tiba, dieorg ni aku pk mcm tak de iman, tak hormat bulan ramadhan~ bukan nye salu ramadhan tu dtg, setaun sekali je beb~ takkan tu pun payah? Kebanyakkan alasan yang aku salu dgr "tak tahan la, lapar" , " subuh tadi tak sahur la, tak dpt nk puase". Aku mls nk bcramah pnjg2 g kn, aku pn angok2 jer la. Kang aku nasihat org ckp bzbody, aku mls org ckp mcm tuu~ tak pe, dosa kw bukan dosa aku :) Aku bkn menpoyokan dri cume, itulah aku. Aku cube jadi kwn yg terbaik, yang memahami , tanpa kwn pun siapa lh aku :)
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Aku nak sertakan gmbar-gambar ramadhan untuk santapan korang ,
#
|10:19 PM|
Pic Update
Aku kan dah lame tak update blog, bukan ape aku tak update, aku sebenar nye malas + banyak kerje. Jadi masa terluang ni aku update gambar aku buat ratapan anda semua ek. Tak la banyak sangat, sekadar memenuhi ruangan blog aku yang tak sebrapa ni. Enjoy ok!
Aku ngn Abg Wahid yang memandang orang lain, Prasan tak dea tgk sape? Dia tgk orang depan aku yang lawo. Sebelah sane lak yang pakai seluaq pendek tu, Asraff Muslim, sempoi je dea ekk.
Ni lak, gambar latest aku, klo korang nk taw, aku paling suke pakai baju ni, tah la, bagi aku baju ni smart n casual. Klo tengok keseluruhan baju ni, sena nye dea ade cop babymilo XD . Sebab aku minat ngn babymilo ni. Muke dea mcm aku kot? HAHAA, Hanya TUHAN yang taw.
Yang ni, cover album terbaru aku yang baru jer d muatkan dalam album "MASIH KABUR" nyanyian aku ler. Killer song tau, dengar nnt kt pasaran byk. Bli yang ori ok! support local artis beb! Ni gurauan semata-mata, tidak ada kena mengena yang hidup ataupan yang mati.
Setakat ni jer gambar yang aku update, nnt aku update lagi k? Stay tune!
#
|4:37 PM|
Long Distance Journey
Seawal pagi aku nk bangun dari tido, mak aku kejutkan aku. Aku ingat aku mengigau, mane tak nyee mcm bayangan jer~ HAHAHHA, aku pun tahh mcm blur jer~ aku pun cakap "ye ye", ape yg ye nye aku pun ta taw, aku sambong tdo blik, mak aku marah, sekali aku tanye nape? Rupe nye suruh aku bangun teman dea g umah kwn dea kt telaga air~ aku pun tanye nk buat ape, jwb nye " sajer-sajer je". Tanpa bantahan aku pun trus g mandi. Kira suruh aku ler yang drive ni. Gila bapak, dah jauh kt telaga air. dari umah aku klo bawa laju pun kurang2 nak 30 minit. Bukan tak tahan jalan jauh, cume jalan dea yg tak bess , aku bagitau nape aku rasa berat nk g sana :
1. Jalan g sana banyak kete 2.Jalan Senget sane sini 3.Jalan raya kecik ( giler, bawak laju pn tak leh ) 4.ada sesetengah jalan, banyak lori salu pakai 5. Kene naik turun bukit
korang nk tau ke kat ne tempat tu? kang aku tunjok ehh, korang kan tak penah g~ sape yg pnah pg tu dapat merasa kan lah. Dengan makan pun tak sempat, trus aku blah ngn mak aku, nsib plak mak aku bwak bekal dalam kte. Takpe la roti, kau sajer yg ade, sembat jer laa~ janji aku tak lapar, klo lapar kang berbunyi lak musikal di dalam perut.HAHHAHA. Lame gak aku kt sane adelah dalam beberapa jam, den sempat lak aku tgk jam, bukan pe nk kejar nk tgk melodi kn~ Ahernye aku sempat sampai rumah pukol 12:45 pm . Masih boleh g tgk melodi tuhh, smpat bukak FB lak. Korang nk FB aku ekk? aku bagi link~ rajin2 la add ok? boleh tak boleh?boleh tak boleH?
satu perkara fakta aku nk kongsi ngn korang :
Mak aku hebat men zuma, ada brani? XD aku kalah vs ngn dia ari-ari trainin siutttt
#
|3:45 PM|
Bloggers
Kehidupan ini kadang kala meletakkan kita di atas, dan kadang kala meletakkan kita dibawah. Macam roda ygg berpusing 360 darjah tanpa henti. Senang citer, skrg kau angkuh dengan kemewahan kau tp suatu hari nnt kau menyesal dengan keangkuhan kau . Ape yang ingin aku tekan kan kt sini adalah, smua kemewahan kau tak akan buat kau bahagia , bagi aku, silaturrahim sesama umat adalah lebih penting dari ape yg kau ada. Tanpa kawan, kau tak mampu nk berdiri dengan tegak. Dari pagi tadi aku tak de mud, aku cuba nk luahkan bt i cn get the right person to hear my problem~ ta pe la aku pendam jer ~ macam-macam masalah yg timbul~ haihhh~ its ok, aku tetap cool :) Once again , i miss her
last skali : word paling selalu didengari oleh aku