#1 This is a protected blog. Right click has been disabled
#2 No spamming on the Tagboard
#3 No Vulgarities
#4 Not happy, click here.
#5 Enjoy yourself.
#6 Click to VIEW my profile
BLOG VIEWER
Air Zamzam Adalah Ubat
Wednesday, March 23, 2011
Air Zamzam Adalah Ubat
Disebutkan dalam hadith sahih bahawa di dalam air Zamzam terdapat kandungan ubat sepertimana yang mashur dari cerita dahulu ataupun tatkala Allah telah menyembuhkan orang yang berpenyakit, kadangkala dalam beberapa kes di mana perubatan moden gagal melakukan penyembuhan dan para doktor telahpun berputus asa dengan keadaan penyakit.
Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Air yang paling baik di muka bumi ini adalah air Zamzam. Di dalamnya terkandung lengkap makanan dan bebas daripada penyakit" [lihat At-Tabrani, Al Kabir 11167]
"Rasulullah S.A.W bersabda: "Air Zamzam diminum mengikut tujuan orang yang meminumnya" [Ibnu Majah 3062]
Saya petik daripada buku "Sejarah Kota Makkah".
Kisah Penyembuhan Penyakit Dengan Air Zamzam
Terdapat ratusan cerita tentang bagaimana orang yang sakit dapat disembuhkan daripada penyakitnya ketika doktor telah berputus asa dalam usaha untuk mengubatinya, tetapi Allah S.W.T menyembuhkan mereka dengan perantaraan air Zamzam dan khasiat yang tersembunyi di dalamnya, dan mereka kembali sembuh dan sempurna kesihatannya. Adalah cukup untuk kita mengambil satu contoh yang terjadi pada zaman moden ini :
Ini adalah sebuah cerita masyhur yang terjadi ke atas seseorang yang masih hidup di tengah kalangan kita, dia menyatakan bahawa ia berlaku kerana kekuasaan Allah S.W.T semata-mata, sepertimana keyakinannya terhadap perkataan Nabi S.A.W bahawa air Zamzam adalah diminum untuk satu tujuan dan bahawa air Zamzam dapat memberikan penyembuhan daripada penyakit dan mengandungi makanan yang sempurna. Ini adalah cerita wanita bernama Layla Al-Hilw berasal dari negara Moroko. Layla menderita penyakit barah, dia telah lalai dari mengingat Allah S.W.T, sombong terhadap kesihatan dan kecantikannya. Setelah dia mengetahui bahawa dia sakit, lantas dia pergi ke Belgium di mana dia diberitahu bahawa tidak ada pilihan kecuali harus membuang buah dadanya dan menjalani kemoterapi. Penyakit tersebut akan menjadikan rambutnya berguguran dan menyebabkan tumbuhnya janggut, bahkan gigi dan kuku akan tanggal. Dia menolak cara perawatan ini dan meminta rawatan alternatif, kemudian dia kembali ke Moroko. Tetapi setelah 6 bulan dia menderita kehilangan berat badan, keadaan tubuhnya bertukar warna dan dia merasa sakit, maka dia kembali ke Belgium. Pada kesempatan ini para doktor memberitahu suaminya bahawa penyakitnya telah tersebar keseluruh badannya, bahkan ke paru-parunya dan tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya lagi.
Mereka menyarankan kepada suaminya untuk membawanya pulang agar dia meninggal di rumah sahaja. Tetapi suaminya ingat sesuatu yang dia telah lupa, Allah S.W.T memberinya ilham untuk mengunjungi rumah suci milik Allah S.W.T. Maka dia dan isterinya pergi ke sana, dan Layla mengeluarkan air mata yang banyak sekali ketika dia melihat Kaabah. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar tidak menghancurkan harapannya dan untuk menakjubkan para doktor dengan kes sakitnya itu. Layla mula membaca Kitabullah (Al Quran) dan minum air Zamzam. Dia merasa damai dan sejahtera ketika berada di rumah Allah. Dia memohon kepada suaminya supaya membenarkannya tinggal di Tanah Haram dan tidak kembali ke hotel. Maka Layla tinggal di sana untuk beriktikaf. Separuh tubuh bahagian atas berisikan tumor dan bengkak yang mengesahkan bahawa penyakitnya telah menyeluruh. Para wanita yang bersamanya di Tanah Haram menasihatinya untuk sentiasa membasuh separuh bahagian atas tubuhnya dengan air Zamzam, tetapi dia takut untuk menyentuh tumor yang ada ditubuhnya. Akhirnya dia mengetepikan perasaan takutnya itu dan mulai membasuh dengan air Zamzam pada tubuh dan kedua buah dadanya yang berisi darah dan nanah. Kemudian sesuatu tidak diduga terjadi, semua tumor dan nanah itu hilang dan tidak rasa sakit lagi. Allah S.WT telah menyembuhkan Layla dengan perantaraan khasiat tersembunyi yang terkandung di dalam air Zamzam. Rasulullah S.A.W sungguh dengan benar ketika baginda bersabda :
"Di dalamnya terkandung makanan yang lengkap dan bebas daripada penyakit."
credit : nett8@syok.org
#
|10:18 AM|
8G lelaki yg dibenci wanita
Sebagai panduan bersama2
1. Garang garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.
2. Ganas kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebabtahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bu kan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.
3. Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.
4. Gabra (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.
5. Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan m enghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
6. Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.
7. Ganggo (keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.
8. Gatal (miang ke ladi ngan perempuan lain selain dengan isteri)Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda k erana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik men ggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.
Credit : za za@syok.org
#
|10:16 AM|
L A T E S T
Monday, March 21, 2011
Ni Gambar paling baru aku, walaupun lame jugak laa, tapi still remain new :D
Gambar Cameron Highland pulak
#
|4:27 PM|
20.03.2010
Assalamualaikom n salam sejahtera aku ucapkan kepada yang belum bangun sila bangun, yang tengah bekerja kuat kuat kan badan untuk bekerja, pakcik pakcik yang men dam tak kira masa dan warga warga malaysia yang aku kasihi. pewiiitttt. hahaha. Ekot suke aku je kan nak post blog bler ? Suke aku la kan? blog aku, sape yg nak tgk? yg nk tgk blog ni aku sorg je. Suke aku nak post bile kann? HAR HAR HAR, setiap kali aku post mesti ade benda penting aku nak sampaikan, klo tak pun mungkin sebab aku boring kan. Post kali ni bukan sebab boring, sebab ade benda nak sampaikan. Aku taw ada segenlitir yang stalk FB n Blog aku ( ceh,rase pemes la pulak) nak tau mcm mana life aku, ni la nak cte. Aku ta kesah korg nak stalk tp jga la tingkah laku korang jgn smpai menfitnah bukan bukan k? aku ta berdendam ngn org, jgn pulak org buat gitu ngn aku. Alhamdulilah sekarang aku ketemui ketenangan terhadap diri aku. Aku rasa, diri aku lebih bersemangat dari sebelum ni. Hidup aku lebih colourful bak kate mat salleh. Kadang aku terfikir, asal aahh orang panggil org putih ni MAT SALLEH ? Anak MAT SALLEH ke dorg? hahahaha. 1st of all, aku nak gtao yang aku decide nak sambung blaja memandangkan ramai yang PUSH aku untuk belajar lagi memandangkan aku masih muda dan ligat lagi. Now, aku tengah ambik MUET dan apply UPU . Intake Degree kan dah tukar, bulan 9 baru masok? insyallah smpat lagi tp aku rasa tua pulak kan? Aku berjanji belajar bersungguh sungguh macam kat diploma dulu tp tahap u ni lagi ssh @.@ tp aku cube la. 2nd Aku aritu pegi naik Cameron . memang syok la dok sane tp klo dok lelame mcm boring pulak kan? sebab ta de pa pe kt sane lagi pun jalan dea pusing2. Mak aku sampai muntah dibuat nyee. Ingat nak join skali time tu tapi ta jd la ,ko ingat sedap ke muntah? muahaha. Tp overall syok la kt Cameron, GEMPAK seyhhh! Penampilan baru agak weird sikit ,nanti aku post kt sini ek ? Okey , lastly, TAHNIAH ! anda menang kereta ~ hahaha. yang ni aku tak sabar nak cakap. AKU DAH ADA GF @ AWEKSAYANG aku. Lama aku tunggu okee? dea baru muncul skarang. bertapa sengsara nya aku tunggu ketibaannya. wahahaha. Aku berjanji pada diri aku ,aku akan jaga dea baik2 start dr skrg. Aku sayang kat dea okey? jgn buat mcm2 . Lepas kenal ati budi dea arituu, aku trus ajak dea couple . aku rasa aku boleh get along dengan dea. Ramai kawan aku excited sgt nak tgk dea. okey okey, aku post 1 gamba dea kt sini ok? korang tengok la puas2, aku sukeW sangat sangat gambaW ni. Lagipun nnt aku nk smbg, dekat dengan dea. Aku harap la dapat . amin. Sekarang memang dekat ,boleh jumpe salu tp klo same blaja kan dekat lagi? HIHIHI.