Wednesday, March 23, 2011
Air Zamzam Adalah Ubat
Disebutkan dalam hadith sahih bahawa di dalam air Zamzam terdapat kandungan ubat sepertimana yang mashur dari cerita dahulu ataupun tatkala Allah telah menyembuhkan orang yang berpenyakit, kadangkala dalam beberapa kes di mana perubatan moden gagal melakukan penyembuhan dan para doktor telahpun berputus asa dengan keadaan penyakit.
Ibn Abbas R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Air yang paling baik di muka bumi ini adalah air Zamzam. Di dalamnya terkandung lengkap makanan dan bebas daripada penyakit" [lihat At-Tabrani, Al Kabir 11167]
"Rasulullah S.A.W bersabda:
"Air Zamzam diminum mengikut tujuan orang yang meminumnya" [Ibnu Majah 3062]
Saya petik daripada buku "Sejarah Kota Makkah".
Kisah Penyembuhan Penyakit Dengan Air Zamzam
Terdapat ratusan cerita tentang bagaimana orang yang sakit dapat disembuhkan daripada penyakitnya ketika doktor telah berputus asa dalam usaha untuk mengubatinya, tetapi Allah S.W.T menyembuhkan mereka dengan perantaraan air Zamzam dan khasiat yang tersembunyi di dalamnya, dan mereka kembali sembuh dan sempurna kesihatannya. Adalah cukup untuk kita mengambil satu contoh yang terjadi pada zaman moden ini :
Ini adalah sebuah cerita masyhur yang terjadi ke atas seseorang yang masih hidup di tengah kalangan kita, dia menyatakan bahawa ia berlaku kerana kekuasaan Allah S.W.T semata-mata, sepertimana keyakinannya terhadap perkataan Nabi S.A.W bahawa air Zamzam adalah diminum untuk satu tujuan dan bahawa air Zamzam dapat memberikan penyembuhan daripada penyakit dan mengandungi makanan yang sempurna. Ini adalah cerita wanita bernama Layla Al-Hilw berasal dari negara Moroko. Layla menderita penyakit barah, dia telah lalai dari mengingat Allah S.W.T, sombong terhadap kesihatan dan kecantikannya. Setelah dia mengetahui bahawa dia sakit, lantas dia pergi ke Belgium di mana dia diberitahu bahawa tidak ada pilihan kecuali harus membuang buah dadanya dan menjalani kemoterapi. Penyakit tersebut akan menjadikan rambutnya berguguran dan menyebabkan tumbuhnya janggut, bahkan gigi dan kuku akan tanggal. Dia menolak cara perawatan ini dan meminta rawatan alternatif, kemudian dia kembali ke Moroko. Tetapi setelah 6 bulan dia menderita kehilangan berat badan, keadaan tubuhnya bertukar warna dan dia merasa sakit, maka dia kembali ke Belgium. Pada kesempatan ini para doktor memberitahu suaminya bahawa penyakitnya telah tersebar keseluruh badannya, bahkan ke paru-parunya dan tidak ada ubat yang dapat menyembuhkannya lagi.
Mereka menyarankan kepada suaminya untuk membawanya pulang agar dia meninggal di rumah sahaja. Tetapi suaminya ingat sesuatu yang dia telah lupa, Allah S.W.T memberinya ilham untuk mengunjungi rumah suci milik Allah S.W.T. Maka dia dan isterinya pergi ke sana, dan Layla mengeluarkan air mata yang banyak sekali ketika dia melihat Kaabah. Dia berdoa kepada Allah S.W.T agar tidak menghancurkan harapannya dan untuk menakjubkan para doktor dengan kes sakitnya itu. Layla mula membaca Kitabullah (Al Quran) dan minum air Zamzam. Dia merasa damai dan sejahtera ketika berada di rumah Allah. Dia memohon kepada suaminya supaya membenarkannya tinggal di Tanah Haram dan tidak kembali ke hotel. Maka Layla tinggal di sana untuk beriktikaf. Separuh tubuh bahagian atas berisikan tumor dan bengkak yang mengesahkan bahawa penyakitnya telah menyeluruh. Para wanita yang bersamanya di Tanah Haram menasihatinya untuk sentiasa membasuh separuh bahagian atas tubuhnya dengan air Zamzam, tetapi dia takut untuk menyentuh tumor yang ada ditubuhnya. Akhirnya dia mengetepikan perasaan takutnya itu dan mulai membasuh dengan air Zamzam pada tubuh dan kedua buah dadanya yang berisi darah dan nanah. Kemudian sesuatu tidak diduga terjadi, semua tumor dan nanah itu hilang dan tidak rasa sakit lagi. Allah S.WT telah menyembuhkan Layla dengan perantaraan khasiat tersembunyi yang terkandung di dalam air Zamzam. Rasulullah S.A.W sungguh dengan benar ketika baginda bersabda :
"Di dalamnya terkandung makanan yang lengkap dan bebas daripada penyakit."
credit : nett8@syok.org